Teluk Kemang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Pendaftaran Pelajar Baharu ialah pada 22 Jun 2010 dan Pendaftaran Pelajar Senior pada 23 Jun 2010. Tempat pendaftaran ialah di Dewan Wawasan bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Pastikan anda membuat persediaan yang sewajarnya semasa menghadiri pendaftaran.

Pendaftran Pelajar Sesi Januari 2010.

1. Pendaftaran Pelajar Baharu Semester 1 pada 12 Jan 2010 di Blok A dan Blok B.

2. Pendaftaran pelajar tamat Latihan Industri (Menyerah laporan LI) pada 12 Jan 2010 di DK4,DK5 & DK6.

3. Pendaftaran Lapor Diri Pelajar Senior pada 13 Jan 2010 di Blok A dan Blok B.

4. Pendaftaran Pelajar Baru Integrasi pada 13 Jan 2010 di Blok A.

Nota :- Pelajar Baharu Sem.1 yang ditawarkan asrama perlu mendaftar di asrama pada 11Jan 2010 sementara Pelajar Senior yang ditawarkan asrama perlu mendaftar pada 12 Jan 2010.

Selamat Maju Jaya.



Sudah lebih sebulan syaawal berlalu namun di kesempatan hujung minggu yang lepas kami sekeluarga sempat menghabiskan cuti dengan menziarahi saudara mara dan sahabat handai sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan hari isnin merupakan cuti umum bagi Negeri Sembilan sempena pertabalan Yang DiPertuan Besar. Aktiviti ziarah tidak terbatas hanya pada hari raya sahaja namun kita digalakkan membudayakan amalan tersebut pada hari-hari yang lain jika ada kesempatan.



Pada 16 September 2009 Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama beberapa pihak telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terutamanya pelajar-pelajar yang menunggang motosikal agar sentiasa berhati-hati semasa di atas jalan raya. Pemplet dan pelekat diedarkan kepada penunggang motosikal.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Minal Aidi Wal Faizin.
Maaf Zahir dan Batin.



Ikhlas dari :-
HJ. WAN MOHD HUJJATULLAH HJ.WAN GHAZALI
HJH. SALWANI HJ. ABDUL MANAF
WAN ANIS HUMAIRA
WAN FATEN ALIFA
WAN AINA SOFEA
WAN AHMAD ZIYAD
WAN KHALIFAH NABILA